Program Kem i-FIKR Sains dan Teknologi USIM 2012 atau i-FIKR merupakan salah satu usaha untuk mendokong falsafah, wawasan dan misi penubuhan USIM iaitu 


Falsafah
Paduan antara Ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu.



Wawasan
Memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan.


Misi



Bertekad menjadi sebuah institusi ilmu yang terkehadapan berteraskan pengajian Islam bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam.

Di samping itu program ini juga adalah sebagai satu inisiatif untuk merealisasikan matlamat keempat penubuhan USIM iaitu Meneroka dan Mengembalikan Tradisi Keilmuan Islam Yang Terbilang Sesuai Dengan Persekitaran dan Teknologi Terkini.

Objektif
  1. Menghayati Islam melalui penerokaan Sains dan Teknologi.
  2. Mempromosi Sains Islam kepada pelajar IPT Malaysia
  3. Mengimbau kejayaan ilmuwan Islam dalam Sains dan Teknologi
  4. Menanamkan minat  untuk mempelopori dunia Sains Islam
  5. Meningkatan kesedaran mengenai Sains Islam kepada pelajar IPT Malaysia
  6. Memperkenalkan tokoh-tokoh Sains Islam dunia kini.
  7. Membangunkan karakter pelajar IPT dari sudut intelektual (IQ), emosi (EQ), spiritual (SQ) dan jati diri(AQ).




i-FIKR 2012
F- Fun
I – Inspiring 
K– Know How
R– Righteous



Tarikh
7 Julai - 13 Julai 2012.


Lokasi
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, Nilai, NS.

0 comments:

Post a Comment